Friday, April 6, 2012

DAKWAH ATAU AKHWAT?


Tik tok tik tok
Bukan bunyi hujan yang turun merintik-rintik. Juga bukan bunyi alarm jam murahan yang dibeli oleh housemate di pasar malam kebanggaan masyarakat global seksyen 6. Kotak hitam berskrin empat segi tepat di atas meja di sebelah buku calculus yang terdampar lemah kucapai dengan penuh syak wasangka. Terpapar jelas pada skrin bersegi empat tepat itu, one message received. Lalu ku tekan-tekan bebutang yang ada, entah bagaimana inti pati pesanan ringkas tadi terburai.

"Assalamualaikum lama tak tegur awak. Makin laju gerak kerja dakwah. Hari Sabtu leaps saya sempat pergi dengar ceramah awak di Surau Blok F"

Mesej Ukhti Balqis Rexora Safiah tiba-tiba mucnul di ruangan skrin tadi tanpa diduga. Agak berderau darah Melayu suci dan sejati aku apabila insan yang semakin ku pendam perasaan kepadannya menegur aku. Tersenyum seketika disitu bagai kera mendapat chadburry.

"Hehe.. saya biasa saje. Awak pun apa kurangnya. Dengar cite dah jadi Presiden Kelab Bidadari Syurga. Tak silap awak pun dapat anugerah muslimat harapan sempena Bukan Dakwah dan Tarbiyah kan? "



Dengan laju aku membalas mesej sekaligus menghiraukan assignment yang berlambakan di depan mata. Sungguh bersemangat aku dengan ukhti Balqis Rexora Safiah sehingga tidar sedar larut malam. Semakin dibalas mesej, semakin aku balas ibarat Lee Chong Wei dan Lin Dan yang membalas pukulan shuttle. Heh. Pantang muamalat muslimin muslimat sepatutnya terhad pukul dua belas tengah malam, itupun aku langgar dengan jayanya.

Kerana apa?
Sayang. Betulkah aku sayang dia? Sayang sebagai apa?

"Awak, boleh saya tanya apa hubungan kita ye? Sekadar sahabat ke?" Tanya ukhti Balqis Rexora Safiah kelmarin dengan penuh keterujaan membuatkan tidurku semalam menjadi tidak lena. Aku mula rasa serba salah, mula merasakan sesuatu yang tidak kena.

"Awak, awak..kenapa awak panggil kita Balqis Rexora Safiah je? Bahasakan awak saya? Kenapa tidak enta enti macam yang awak gunakan dengan akhwat yang lain"?

Pertanyaan demi pertanyaan membunuh ego hubungan aku dengan dia. Ego apakah yang aku pertahankan ini ? Ego aku dengan Allah di atas hubungan yang tidak pasti. Adakah aku talam dua muka? Mempunyai dua identiti? Kala iman naik, alim aku mengalahkan ahli sufi yang bertapa di Gunung Santubong. Kala nafsu melonjak, ghairah aku kembali jahil.


Naik gila kau fikir. Aku benar-benar bersalah. Sangat berdosa dengan Tuhan. Ya, aku menghidapi penyakit hati. Hati aku sudah rosak kerana wanita, kecantikan, nama dan candu dunia. Ya, pada asalnya aku dan ukhti Balqis Rexora Safiah berukhuwah kerana Allah, Tapi lama kelamaan bisikan demi bisikan syaitan yang didengari mula merobek dan mencemarkan niat suci ini.


Hubungan yang mula dipertahankan dengan ego atas dasar dakwah. Gerak kerja bersama. Dibaluti dengan sutera Rabithat menjadikan hati teruja dengan keasyikan berukhuwah. Akibat terlalu asyik, jiwa menjadi leka. Nama dakwah hanya menjadi lesen berhubung.


"Awak, maaf saya tanya. Awak tahu tak apa itu dosa?" Aku mula berani membuang ego


"---------------------"

Tiada jawapan.

"Awak, apa kita buat ni dosa. Kita dah semakin hanyut. Ukhuwah kita harus diletakkan semuala atas dasar taqwa bukan perasaan suka. Bukan sayang. Apatah lagi cinta. Sayang kita pun sekadar saudara se-islam bertunjangkan rasa takut dan gentar kepada Allah. Kita orang dakwah. Dakwah bukan untuk suka-suka



"Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang PALING BERTAQWA. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti"
(Al-Hujurat: 13)


Takwa.

Jika kita berukhuwah tapi tidak membawa kita kepada Taqwa, maka dengan apakah kita berada di jalan dakwah?

Setakat bertanya khabar. Setakat menegur. Setakat beramah mesra. Setakat bergurau senda. Perlukah semua itu?

Perlukah?

Aku juga mencari jawapan. Terlalu rigidkah untuk aku mengatakan tidak perlu? Terlalu syadidkan aku bertegas untuk tidak perlu?

Mari fikir fikirkan semula ukhuwah kita di mana sebenarnya?
Wujudkah ukhuwah muslimin muslimat? Di mana kewujudannya?

Kita bukan orang biasa-biasa. Kita bernafas dengan oksigen dakwah. kita hidup hanya kerana mencari redha Allah. Tidak semua tempat. Tidak semua masa hubungan ini dibolehkan. Ada batas batasnya tersendiri kerana Allah nak jaga kita. Kerana Allah sangat sayang kita.


Jagalah hatimu.
Dan aku akan jaga hatiku.

34 comments:

baihaqi said...

HTML kod broken syeikh...
apapun...nice artikel..
jemput baca juga artikel terbaru saya

baihaqi said...

HTML kod broken syeikh...
apapun...nice artikel..
jemput baca juga artikel terbaru saya

Inspector Saahab said...

yeke? jazakallah atas teguran
.

depends on browser kot. klu IE memang camtu. saya guna firefox ok je kot. inshaallah :)

Anonymous said...

menarik^^

Perlu ke?
Memang tak perlu pun.

Inspector Saahab said...

memang tak pelru. tapi TAK SALAH !

pengembara : ok ke post ni appear pada skrin enta?

Anonymous said...

appear pada skrin ? maksudnya?

Inspector Saahab said...

ade broken HTML code kah?
boleh dibaca kah?

Dr. Mohamad Khir Bin Johari said...

semoga Allah redha..

Najla said...

salam .. nak bertanya ..

maknanya tak perlu lah bertegur sapa , bergurau , bersembang dengan yang lain jantina?

maaf bertanya..

Inspector Saahab said...

la dolce : wasalam

bertegur sapa, eh nk bergurau-guraun pula? tengok atas tiket apa.

urusan ke alasan. ade kepentingan untuk kerja dakwah ke?

tanya dulu diri kita soklan soklan cenggini.

tgok batas-batas pula. dan mungkin saudara/i boleh rujuk post bertajuk

'PENAPIS ABAD INI" UNTUK TAPI SETIAP KEHENDAK KITA :)

JAZAKA/ILLAH ATAS KUNJUNGAN :)

http://kebangkitankedua.blogspot.com/2012/03/penapis-abad-ini.html

Inspector Saahab said...

Mohamad Khir : aseef T_T

terlepas pandang.
jazakallahukhair :)

saya Alia said...

one of my favourite ..

Inspector Saahab said...

Alia : haha ok.
rajin-rajin la datang :)

Azery said...

anda tahu apa saya buat?
membongkar post-post anda untuk makan nasi lemak.

*dan, meninggalkan komenterraebung sepossibel munkin

Inspector Saahab said...

anda memanggg :)

Ir Jinggo said...

Terasa ada duri menusuk hati dan limpa di situ.. aduhh.. jzkk atas peringatan.. :D

*membongkar nasi lemak mencari post2 tajam buat jiwa yang lemah iman ini

Inspector Saahab said...

Jinggo : !!!!!! In sha Allah.

semoga bermanfaat. rasanya HTML broken yg ni kalau buka dengan certain browsers.

semoga bermanfaat :)

Inspector Saahab said...

Jinggo : !!!!!! In sha Allah.

semoga bermanfaat. rasanya HTML broken yg ni kalau buka dengan certain browsers.

semoga bermanfaat :)

Unknown said...

Huhu... untuk la dolce, rasanya kita boleh tanya diri kita satu soalan ni : Allah redha ke aku buat benda ni? Bukan ke semua perkara yang kita lakukan di dunia ini semata-mata sebab nak cari keredhaan Allah?

Inspector Saahab said...

ikram : nice one :)

~Setanggi Syurga~ said...

note pd pic pertama "Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Hati" sentiasa ditampal kat board meja stdy dulu2..^_^ tapi tambah satu "Jaga Akhlak"..

Dijalan dakwah aku menikah dengan akhwat.. boleh ke? ^^

Inspector Saahab said...

SETANGGI SYURGA :

wahh. menarik.

err,
itulah yg sebaiknya kot..
baitul muslim la katakan :)

tapi benar, cuma tidak jadikan dakwah sbg tiket. tapi jadikan pernikahan sbg medium melebar luas sayap rijal :)

dan jika ikhwah dan akhwat memahami konsep ukhuwati fillah, selayaknya pasangan yg mempunyai fikrah yg sama menjadi pilihan. tak giteew ?

err..saya budak baru belajar -.-

hawariyyun said...

suka untuk katakan, tidak syadid untuk katakan tidak perlu..

sebab mudah: ALLAH is watching over you 24/7..

semoga tsabat!

Allahumma anta rabbuna farzuqnal istiqomah.

Inspector Saahab said...

hawariyyun :

in sha Allah :)

A.N said...

Erk.

Perkara ni mmg mudah menghinggap org yg berpersatuan.

Kalau rasa tak perlu, baik bertindak syadid atas hubungan muslimin muslimat ni, agar kemanisan ibadah tu lebih dirasai :')

saya bukanlah org yg arif, tp kalau rasa2 nak kecundang dgn perkara melibatkan dua identiti ni, tanya balik diri kita, "Mampu ke kita nak ambil urusan kita ni menjadi hujah di hadapan Allah nanti?"

Semoga tsabat.

harumaki said...

perkongsian yg menarik. dan menusuk. uhukkk

Jzkk kerana mengingatkan. may Allah bless.

magenta said...

salam wbt,
1st time baca blog ni. hati sudah tertarik. xtau ikh atau akhwat yang tulis.
boleh x tulis pasal ikhtilat yang sebenar. nampak ramai yang ragu2, sampai semua benda xbole menyukarkan komunikasi untuk bekerja. jika bukan untuk kerja2 dakwah khusus, kita masih lagi bertemu dan menggauli orang yang bukan muhrim.
mungkin bole dijelaskan.

cg magnEt :) said...

tk perlu tp tk salah. means?

Ninja Anggun (NA) said...

pernah berada di 'zone' marabahaya ini. tapi bersyukur tak terkira tatkala hati tiba-tiba ditampar gelisah dan resah untuk meneruskannya -_-

Ninja Anggun (NA) said...

pernah berada di 'zone' marabahaya ini. tapi bersyukur tak terkira tatkala hati tiba-tiba ditampar gelisah dan resah untuk meneruskannya -_-

Ninja Anggun (NA) said...
This comment has been removed by the author.
FarhAna SuKri said...

assalamualaikum. izin copy ey? best :)

Anonymous said...

ana perasan ada isu kadbery disitu.

:3

btw, moga Allah redha

Anonymous said...

tak perlu untuk teruskan 'ukhuwah cinta tu atas tiket dakwah
tapi 'x salah kalau ade perasaan cinta tu..sbbnya .
mmg normal manusia diciptakan dalam kasih dan sayang..kalau betul da suka..dan sayang.ikut jalan yg sepatutnya
seriuslah..prgi jupe walinya..kalau x..nmpk sgt niat sekdar nafsu semata..kalau ingin berubah..knp biarkan diri terus menerus diselbungi dosa..

based on my opinion perlu tapi x salah.waaAllahua'lam :')