Friday, August 31, 2012

MERDEKA KAH AKU ?

Aku sudah merdeka

Tahniah buat wira tanah air

Jerit gempita di bumi ini

Langit malam ni terang benderang dihiasi warna gemilang

Suara suara riang mengisi ruang, bebas

Anak muda, gadis mahupun pemuda biar belum kenal jalan

Bertepuk tangan, aku sudah merdeka

Lompat di jalanan, keluar berpeleseran, biarlah

Kerana aku sudah merdeka


Hari ini ku utus satu sajak

Satu sajak bernada indah kugubah, bebas

Biarlah, aku sudah merdeka

Sebentar tadi aku selak helaian buku panduan

Apa erti merdeka?

Aku tanya dan tanya itu melekat di taman

Bebas? Apa itu bebas

Kerana di bumi seberang cerita dan cereka berbeza

Mampu jua kugubah sebuah sajak buat mereka

Namun lagunya bukan indah, bunga bukan harum

Merdekakah aku sebenarnya?


Tatkala bangsa aku masih ditawan

Diperlekeh, dihentam, dipijak

Diperlaku bagai hawan

Aku sudah merdeka? Malulah

Tangisan mengharapkan perikemanusian bergema

Didengari dari laut dalam

Mengharap ada utusan datang bawa senyuman

Tapi aku, saudara mereka mampu bersuka di bumi sini

Kerana menganggap, aku sudah merdeka

Merdekakah aku wahai teman?

Merdekakah aku?

****

Kata dari sang pejuang, “Di padang Mahsyar nanti kami akan berdoa kepada Allah S.W.T supaya tidak memasukkan kamu kedalam syurga bersama kami kerana kamu membiarkan saudaramu menderita bersendirian menegakkan agama dan cahaya Tuhan di sini”



"Mengapa apabila dikatakan kepada kamu, 'Berangkatlah (untuk berperang) di jalan Allah,' kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempat mu?"

- at-Taubah 9:38 -


Wednesday, August 29, 2012

ADUAN RAKYAT AMBIL BERAT

Hela nafas kutarik, dalam

Sedalam laut menyimpan rahsia alam

Di celah celah udara segar

Sekali sekala kotoran semalam bertandan

Senyum sapa meramah mesra

Terlalu syadidkah untuk aku berkata tidak

Pada teman sepermainan di hari semalam

Tidak ingin diri terus berlari

Pantaskah melihat kau dijilat api

Malam kian pekat

Semakin sukar berjalan

Merendahlah wahai hati,

Sujudlah ..


Perasaan berada di kalangan rakan-rakan yang soleh, indahnya tiada kata dapat huraikan. Namun, lagikan lidah tergigit, inikan pula hubungan dengan yang lain. Walau terkadang hati masih terguris dek tingkah laku semacam, namun menyedari akan kekurangan diri, suara dari laut hati terus membisu. Dari hujung sana terdengar juga, rentak-rentak kekecewan dari teman seperjuangan kerana sikap sambil lewa.

Hari ini, masalah dalam ukhuwah kian terserlah. Semangat para ikwah yang tidak berada pada level yang sama membuatkan yang berlari terus menyepi bersendiri, yang merangkak terus berhenti, kekosongan.

Haruman kasturi yang dahulu sudah terkulai layu, yang tampak jelas terbentang di atas jalan ini adalah duri dan sembilu. Ramai yang angkat tangan, angkat kaki mula melarikan diri. Ramai yang sudah menampakkan tanda kepenatan, mahu berhenti di persimpangan.

Cukuplah merepek.

Semoga anda jelas apa yang cuba saya sampaikan. Masalah yang timbul kian menjadi-jadi sesama mereka yang berjuang di jalan ini. Paling ketara isu ukhuwah sendiri. Ukhuwah yang solid adalah bertunjangkan dan berasaskan iman yang mantap dan mendalam. Ternyata hari ini, walau hati cuba menafikan namun hakikat iman yang kian merudum harus ditelan.

Keyakinan yang kian pudar dan semangat juang yang makin luntur menyebabkan ada di antara mereka yang sekalipun pernah setalam dan sedulam menjamah rezeki dari Tuhan mengambil keputusan untuk berhenti. Ujian yang mendatang dijadikan alasan. Melihat rakan dan teman sepermainan lain yang masih di awan awangan biasa biasa sahaja menyebabkan keinginan untuk berada di takuk lama kian menghangat.


Sunnah orang berjuang memang begitu. Ada kala tawar hati. Iman itu terkadang tinggi menggunung tekadang menyepi di bawah telapak kaki. Barah futur yang menyerang para pejuang ini serta tiada tindakan susulan untuk mengatasi wabak ini menyebabkan senang dan lenang dalam kefuturan bertandan di sanubari. Minda terus leka, keinginan terus bermaharajalela.

Futur

Futur bererti berhenti setelah beramal atau diam setelah bergerak. Futur juga bererti malas bekerja dan lemah.

Futur adalah penyakit yang menimpa sebahagian daripada pekerja islam. Penyakit ini sering atau kadang-kadang timbul dalam reality kini. Paling minima futur yang menimpa pekerja Islam ialah malas. Dan yang paling parah ialah berhenti atau diam daripada aktif dalam amal Islami.

Tiada seorang pun setiap kita boleh dan layak bersuara serta menuding jari mengatakan si dia ini, si dia ini futur. Namun masalah futur memang wujud. Setiap daripada kita perlu berwaspada. Selalulah berpesan-pesan sesam teman seangkatan, ingat mengingati akan tugas dan tanggungjawab.

Jika dibiarkan masalah futur berlarutan, ia akan merebak kepada seluruh angkatan gerak kerja. Kesannya akan menyebabkan amal Islami mati dipertengahan jalan dan tiada perkembangan dalam kerja yang dilakukan.

Da’ie perlu cakna dan perihatin akan perkembangan sesama sendiri, ambil berat, ambil peduli. Rata-rata rijal hari ini terlalu ghairah berlari kedepan, mengutamakan hal hal teknikal lalu mengabaikan penyakit-penyakit yang timbul dalam kesatuan, dalam ukhuwah.

Bagaimana lagi hendak dijelaskan. Antara dua. Yang laju terus berlari kedepan. Yang perlahan terus ditinggalkan. Yang kedepan, ada peranan dan hak belakang harus ditunaikan, yang belakang, ingatlah kerana kita yang lain terseksa.

Peh.

Jalan tulisan semakin hari semakin serius. Di mana pergi seni, saya sudah bingung. Eh tapi, seni ke? Ok syok sendiri.

Merendahlah wahai hati

Sujud..